Khamis, 25 Ogos 2016

Kuih Bangkit




bahan

tepung jagung
10 biji telur
2 mangkuk gula
1 mangkuk kerisik
1 sudu kecil soda
1 mangkuk minyak
1 mangkuk kacang

cara
pukul telur dan gula hingga kembang
kemudian masukkan soda kacau hingga ringgan
masukkan kerisik minyak kacang dan telur gaul sebati
akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit
gaul menjadi doh



Selasa, 23 Ogos 2016

APAM GULA HANGGUS

  • BAHAN

  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan air panas
  • 2 suduh butter
  • 2 biji telur grade A
  • 2 suduh susu pekat manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA

Cairkan gula dan air dengan api sederhana
sudah cair ketepikan dan biarkan sejuk
blendkan telur susu butter dan minyak 3 minit 
masukkan gula cair tadi soda bikarbonat dan tepung gaul sebati 
dan biarkan  selama 5 jam

 
beginilah rupa dia selama 5 jam tu
hehehe

sudah 5 jam di perap masukkan kedalam acuan


kukus selama 15 minit @ 20 minit masak


tadaaaa siap masak da ni gebu kan 
hehehe

ok 
selamat mencuba 

 

Jumaat, 19 Ogos 2016

Kerepek Gunting 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2…)-
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara
  1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
  2. Tuang bahan kisar kedalam tepung
  3. Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
  5. Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
  6. Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
  7. Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
  8. Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
  9. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
  10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
  11. Siap untuk dimakan :)

Rabu, 17 Ogos 2016

SNEK NESTUM





BAHAN
COKLAT MASAKKAN
ROTI SANDWICH
NESTUM


CARA
POTONG ROTI SANDWICH 4 SEGI
KEMUDIA BAKAR HINGGA RANGGUP KETEPIKAN
MASAK COKLAT SECARA DOUBLE BOILEDKAN
BILA DA CAIR CELUP ROTI SANDWICH TADI
AKHIR SEKALI TABUR NESTOM DIATAS COKLAT



TADAAA SIAP SIMPLE KAN !!!

OK SELAMAT MENCUBA

KERIPAP MINI SERUNDING IKAN

semalam buat serunding ikan hari ni kita buat kulit keripap
pula
okey tampa membuang masa jom kita mula 

BAHAN-BAHAN:-
5 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
setengah cawan tepung beras
setengah cawan minyak masak
Gula halus ( untuk digaul )

CARA BUAT
  • Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik  Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.Gaul jadi doh
  • Rehatkan sebentar.
  • kemudian bungkus guna acuan keripap 
  • dan inti serunding ikan


panaskan minyak 
dan goreng


Angkat dan toskan dengan tisu masakan.


TADAAA SIAP 
simple kan!!
ok boleh share resepi ni
selamat mencuba

Isnin, 15 Ogos 2016

Resepi Serunding Ikan

BAHAN-BAHAN
• 1 kilo ikan dan asam keping
• 2 cawan santan
• ½ cawan minyak
• Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A (DIKISAR SEMUA)
• 7 batang serai
• 2 inci halia
• 20 tangkai cili kering
• 20 biji bawang merah
• 10 biji @ 1 labu bawang putih

CARA MEMBUATNYA
• Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam.
• Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.
• Sediakan kuali dan masukkan minyak
• Masukkan bahan yang dikisar (A)
Setelah itu terus masukkan ikan dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering. (Kena sabar sikit, sebab proses nak mengeringkan itu mengambil masa yang agak lama).



Ahad, 26 Jun 2016

Biskut Blueberry Tart


BLUBERRY TART

Bahan2 doh:
150gm butter
100gm margerin
50gm gula icing
2 bj kuning telur
1 st perasa blueberry
1/2 st pewarna ungu ~ saya letak lebih sikit
secubit garam
350gm tepung gandum ~ diayak
50gm tepung jagung ~ diayak

Bahan inti:
300gm inti blueberry ~ beli yg dah siap

Bahan hiasan:
100gm coklat putih + 1sb butter ~ double boiler

Caranya:
1. Pukul butter, margerin dan gula icing hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur, perasa blueberry, pewarna dan garam, pukul lagi.
3. Perlahankan speed, masukkan tepung sikit2 hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut.
4. Ambil 8gm adunan, bulat2kan, leperkan dan isi inti. Bulatkan semula dengan kemas. Buat hingga habis.
5. Sapu loyang dgn butter, isi adunan yg dah siap, bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dgn coklat putih.